Search This Blog

Monday, 12 December 2011

Pelan induk francais

Oleh FAIRUS KASSIM
bisnes.utusan@gmail.com


PUTRAJAYA 11 Dis.– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), akan melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020.

Pelan induk lima tahun itu akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari ini dan pada masa yang sama beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan termasuk pendaftaran kesemua pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu berkenaan akan berkuatkuasa pada tarikh pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta Francais akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan.

Beliau berkata, akta sedia ada tidak mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga menyebabkan kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi semasa, masalah dan penipuan yang berlaku.

“Ketika ini, kerajaan hanya memiliki data francaisor sahaja. Maka data yang diperoleh tidak lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Pendaftaran semua pemain dalam industri ini membolehkan pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua maklumat tentang francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh semua pihak sebagai rujukan,” katanya dalam satu taklimat mengenai pelan induk itu di sini baru-baru ini.

Ismail Sabri berkata, di bawah peraturan baharu itu, kerajaan hanya mewajibkan francaisi mendaftar tetapi mereka tidak perlu memohon lesen seperti yang diwajibkan kepada francaisor dan perunding francais.

Katanya, definisi hubungan antara francaisor dan francaisi dalam peraturan baharu juga akan dikupas dengan lebih teliti agar semua pihak memahaminya.

Bagi membendung penipuan melibatkan perunding francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan golongan berkenaan memohon lesen daripada KPDNKK dan hanya syarikat yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas penguatkuasaan dibuat, ujarnya.

“Apa yang berlaku sekarang adalah, banyak perunding francais ini mengeksploitasi francaisi dengan mengenakan bayaran yang tinggi dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak sempurna sehingga ramai usahawan tertipu serta mengalami kerugian besar.

“Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Selepas ini mereka (perunding) tidak lagi berpeluang mengaut keuntungan dengan mudah dan ini bakal menjadikan industri ini lebih mesra usahawan,” jelasnya.

Beliau berkata, peraturan dan akta baharu ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besar terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.

Pada Jun lalu, KPDNKK telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan Indonesia bagi mewujudkan ‘Laluan Hijau’ iaitu membolehkan perniagaan francais dapat merentasi sempadan kedua-negara dengan mudah.

Ismail Sabri berkata, keputusan mengenainya dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir tahun depan.

Selain itu, KPDNKK juga berusaha membantu lebih banyak francaisor tempatan menerokai pasaran China, Timur Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan negara-negara berkenaan sangat luas.

Ditanya tentang sasaran utama pelan induk berkenaan, Ismail Sabri berkata, kerajaan menetapkan tiga sasaran iaitu meningkatkan pendapatan meliputi usahawan dan negara, menambah bilangan pemain dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sumbangan industri francais kepada KDNK negara ketika ini hanya 2.2 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 4.6 peratus dalam pelan induk berkenaan,” jelasnya.

Sumber:

1 comment:

  1. """Perkenalkan kita Sahabat303 Agen Sabung Ayam, Agen Bola Terpercaya, Casino Online, Slot Games.
    Dengan pendaftaran gratis dan mudah tentunya.
    Hanya dengan Minimal Deposit 50 ribu anda sudah bisa bermain dan menikmati Berbagai Bonus Menarik Dari Sahabat303 Berikut Ini :

    » Bonus Deposit 10% Khusus Sportbook
    » Bonus Deposit 10% Khusus Bola Tangkas
    » Bonus Rollingan Live Casino 0,7%
    » Bonus Cashback Casino Games 2%
    » Bonus Cashback Sabung Ayam 5 - 10%
    » Bonus Cashback Sportbook 6 - 16%
    » Bonus Refferal 2%

    Moto kita »
    Kemenangan berapa pun pasti kita bayar lunas.

    Untuk Info Lebih Lanjut Silahkan Hubungi Kami Melalui :
    * LIVE CHAT TERSEDIA , LAYANAN 24 JAM NONSTOP
    * Website : Sahabat303
    * LINE : sahabat_303
    * WA 1 : +855882348077
    * WA 2 : +6287705585269
    * Telegram : @sahabat303
    * FB : Sahabat303

    DAFTAR SITUS JUDI ONLINE TERPERCAYA
    Agen Sabung Ayam
    Agen Bola
    Agen Bandarq
    Agen Togel Online"""

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts