Search This Blog
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Sunday, 8 April 2012
Monday, 20 February 2012
MINI CAFE COFFEE CLASSIC
CONTOH REKA BENTUK MINI CAFE COFFEE CLASSIC
ANTARA MINUMAN YANG DITAWARKAN OLEH FRANCAISOR UNTUK
FRANCAISI MINI CAFE COFFEE CLASSIC
Monday, 12 December 2011
Pelan induk francais
Oleh FAIRUS KASSIM
bisnes.utusan@gmail.com
PUTRAJAYA 11 Dis.– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), akan melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020.
Pelan induk lima tahun itu akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari ini dan pada masa yang sama beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan termasuk pendaftaran kesemua pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu berkenaan akan berkuatkuasa pada tarikh pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta Francais akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan.
Beliau berkata, akta sedia ada tidak mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga menyebabkan kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi semasa, masalah dan penipuan yang berlaku.
“Ketika ini, kerajaan hanya memiliki data francaisor sahaja. Maka data yang diperoleh tidak lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
“Pendaftaran semua pemain dalam industri ini membolehkan pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua maklumat tentang francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh semua pihak sebagai rujukan,” katanya dalam satu taklimat mengenai pelan induk itu di sini baru-baru ini.
Ismail Sabri berkata, di bawah peraturan baharu itu, kerajaan hanya mewajibkan francaisi mendaftar tetapi mereka tidak perlu memohon lesen seperti yang diwajibkan kepada francaisor dan perunding francais.
Katanya, definisi hubungan antara francaisor dan francaisi dalam peraturan baharu juga akan dikupas dengan lebih teliti agar semua pihak memahaminya.
Bagi membendung penipuan melibatkan perunding francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan golongan berkenaan memohon lesen daripada KPDNKK dan hanya syarikat yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas penguatkuasaan dibuat, ujarnya.
“Apa yang berlaku sekarang adalah, banyak perunding francais ini mengeksploitasi francaisi dengan mengenakan bayaran yang tinggi dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak sempurna sehingga ramai usahawan tertipu serta mengalami kerugian besar.
“Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Selepas ini mereka (perunding) tidak lagi berpeluang mengaut keuntungan dengan mudah dan ini bakal menjadikan industri ini lebih mesra usahawan,” jelasnya.
Beliau berkata, peraturan dan akta baharu ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besar terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.
Pada Jun lalu, KPDNKK telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan Indonesia bagi mewujudkan ‘Laluan Hijau’ iaitu membolehkan perniagaan francais dapat merentasi sempadan kedua-negara dengan mudah.
Ismail Sabri berkata, keputusan mengenainya dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir tahun depan.
Selain itu, KPDNKK juga berusaha membantu lebih banyak francaisor tempatan menerokai pasaran China, Timur Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan negara-negara berkenaan sangat luas.
Ditanya tentang sasaran utama pelan induk berkenaan, Ismail Sabri berkata, kerajaan menetapkan tiga sasaran iaitu meningkatkan pendapatan meliputi usahawan dan negara, menambah bilangan pemain dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Sumbangan industri francais kepada KDNK negara ketika ini hanya 2.2 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 4.6 peratus dalam pelan induk berkenaan,” jelasnya.
Saturday, 26 November 2011
Saturday, 19 November 2011
Perjumpaan dengan Wakil dari SME Bank
Perjumpaan dan penerangan berkenaan Francais Coffee Classic kepada wakil daripada SME Bank, turut hadir sama adalah Francaisi Trioklasik Enterprise (kawasan Subang Jaya) and Francaisi kawasan Shah Alam.
Hj. Dzul sedang memberi penerangan produk "KOPI KENCANG"
Penerangan berkenaan Francaisi Coffee Classic oleh Hj. Dzul
Selepas seleasai, kami semua dijemput ke Cafe Coffee Classic untuk makan tengah hari, dibawah adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil;
Susun atur ruang dalam yang menarik dan kemas, pakaian pekerja yang sangat menarik dan nampak ceria
Caffee Classic kini telah dibuka secara rasmi dan daripada apa yang diberitahu oleh Hj. Sobri Cafe ini juga dijadikan sebagai tempat latihan.
Sesuai untuk dijadikan tempat untuk "melepak", berbincang bisnes atau berjumpa kawan-kawan
Cafe yang santai
Tempat penyediaan minuman yang tersusun kemas dan bersih
Ruang masuk bahagian dapur
Ada LCD TV, boleh juga layan bola disini
Nampak sedap makanan dekat sini, jemput lah rasa
Ramai orang pada waktu makan tengah hari
Kaunter bayaran yang tersusun kemas
Hj. Sobri (CEO Coffee Classic) dan Hj. Dzul sedang berbincang sesuatu dengan wakil dari SME Bank
MENU-MENU ISTIMEWA CAFE COFFEE CLASSIC ADALAH NASI AYAM PENYET, NASI GORENG KLASIK, KOPI KENCANG DAN KOPI DURIAN (PRODUK BARU)
Sunday, 23 October 2011
Barangan Promosi
*Mug Coffee Classic
(sementara stok masih ada)
(sementara stok masih ada)
*Tertakluk pada Terma dan Syarat. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami TRIO KLASIK
Friday, 21 October 2011
Cafe Coffee Classic di Batu Caves - Updates 21 October 2011
Cafe Coffee Classic di Batu Caves hampir siap, kami difahamkan yang cafe tersebut akan mula beroperasi akhir bulan October 2011. Jomlah kita pergi beramai-ramai....
Updates progress cafe setakat 21 October 2011 adalah seperti dibawah;
klik sini juga untuk melihat progress yang terdahulu Cafe Coffee Classic di Batu Caves
Thursday, 20 October 2011
Produk dan Harga
KOPI KENCANG (PAPAN)
(20 x 20 gm/sachet)
KOPI KENCANG (POUCH)
(20 x 20 gm/sachet)
KACANG KLASSIK (CLASSIC PEANUTS)
(30 x 20 gm/pek)
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
Thursday, 13 October 2011
Apa Itu Francaisor dan Francaisi
FRANCAISOR
Definisi:
Francaisor ialah orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais.
Kebaikan:
- Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri
- Faedah ekonomi bidangan
- Perkongsian risiko
- Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
- Mendapat maklumbalas perniagaan yang lebih luas
- Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
FRANCAISI
Pengenalan
Francaisi Induk ialah seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu.
Kebaikan:
- Risiko perniagaan yang lebih rendah
- Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai
- Faedah ekonomi bidangan
- Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
- Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi kerajaan dan institusi kewangan
Thursday, 6 October 2011
Cafe Coffee Classic di Batu Caves
AKAN DATANG Cafe Coffee Classic di The Medan Selayang, Batu Caves
Pandangan hadapan pintu masuk Cafe Coffee Classic
Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan pada bahagian dalam Cafe
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
FRANCAISOR Definisi: Francaisor ialah orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkena...
-
Keluaran Kopi Kencang boleh didapati seperti dibawah; Kopi Kencang Papan 20 sachet (~20g e) Kopi Kencang Pouch 20 sa...








































